REVIEW BRIDE TO BE : BUTIK PENGANTIN BAHAU DAN SERTING

June 12, 2014 Iera Lee 2 Comments


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hi uols.. lama nya nak buat come back kan?
Bila jari ini tidak lagi menaip seperti pensil yang tidak menulis..
ecewah.. ko hado? tak ada kan? so sesenyap je..hahaha
ops tiada kena mengena pada sesiapa..
kita nak kahwin.. ( dah besar rupanya.. :( )
ini kahwin real hokey..
dedulu tu kahwin pondok-pondok :P
sekarang tengah survey butik pengantin sesuai area me..
almaklum hanya nama anak Felda namun area segenap memang tidak tahu sesangat...
Awal bulan Jun balik kampung sebab tersalah tarikh member kahwin..
Dah siap pakai baju dah.. tengok invitation sekali salah nasib tak malu sendiri..
okok cukup-cukup merepek sambung as title ya..
Baru sempat pergi dua je butik :

1) Butik Pengantin Ina Kepis
Butik ni senang nak tengok sebab berdepan dengan Kiara Square Bahau dan atas kedai nasi ayam yang ayahanda den suko sangat. Memula masuk ok not bad dan kena buka sandle ok.. Ko jangan mimpi masuk pakai kasut. Butik luas tapi time datang tu baru nak buka sebab depa pergi make up pengantin. Layanan bagus dan pakej RM2000. Pepandai la hang nak nego harga lagi :)

2) Azu Sri Andaman
Lupa nama kodai tapi butik ni dekat dengan simpang nak ke parking Kiara tu. Ok papehal sebelum ke butik ini korang kena kuat.. kuat dari segi mental dan penerimaan. Hahaha.. Decoration tangga boleh tahan masuk dalam masyaAllah. Agaknya masa tu dorang tak bersedia terima customer and please be informed it is owned by not female but female in their world. :) . My fiancee yang mandom memula tu tetiba ceria tak hengat nak sakat depa. For me out ler sebab itu lah rumah itu la butik.. What the? Lepas tu entertain pakai singlet je memang tidak professional. Nak letak dalam senarai pun babai ler..

3) Azila Bridal Gallery
Ok sambungan... memandangkan hari tu kursus kat Jempol so ada masa jalan-jalan survey bridal boutique area Bandar Seri Jempol. This bridal so far the best lah sebab masuk-masuk je depa layan hang baik punya. Tetiba slang kedahan pulak... Pakej pun follow budget kita dan boleh buat exactly apa yang kita mintak. Cuma tak ada picture latest la... Baju pengantin lelawa cuma baju songket mungkin dah out to date tapi songket memang la old2 kan. Baru terserlah vintage nye.. Bahagian sales atau pun marketing staff very high confident level. So korang akan rasa wow la sebab dia cakap penuh yakin untuk convince kan kita this is the best bridal in this area. :P

4) Maya Sari D'Galeri
Tak faham konsep bridal boutique kat Bandar Seri Jempol ni.. dah tak ada nama lain selain galeri ke?
hahahah.. aku pula yang panas.. This bridal ada service catering dan pernah buatkan pelamin untuk adik terrrrlaaaajaaakkkk laris... Kelas ko maria. Butik out sebab tu dorang prefer jumpa customer kat kedai bawah sobab kodai laki eh so sambil bincang buleh la minum air. Terima tempahan baju cuma tak suka dorang simply ubah kehendak customer but pakej not bad.. Boleh la mencuba :)

5) Pusat Kecantikan & Andaman D'Yusra
Ok yang ni the latest me pergi dengan fiancee dan kakak. Now da ada pakej pelamin dan khemah.
Honestly yang paling murah dan khemah still baru. Tapi nak khemah murah kena ambil pakej pelamin dengan depa la :). Kalau sesiapa yang berminat kedai mereka di Bahau. Rasa 1 line dengan klinik Thong. Banyak cawangan. Di kuala pilah dan serting hilir. Boleh call 013-6106602.. (kalau tak tukar no lagi la)

6) Eka Bridal House & Spa
Ha this is new one!! Kita buat henna dengan si Anirah Raes yang cantik ni. Depa kembar dan business asalnya dari rumah tapi now dah ada their own boutique kat area TMG Bandar Seri Jempol tu atas kedai gunting rambut india. Exactly address No.202 Jalan Serting Utama 5/1, Pusat Perniagaan Jempol, 72120 Bahau, Negeri Sembilan. Kalau nak buat henna for b2b harga best call no ni Ira - 010 2465939.. Fb search Eka Bridal. Dorang kembar yang buat business sama-sama ni. Best la sebab pelamin kemas dan cantik. Design terkini dan dorang pun friendly. Kalau dorang tanya mana uols dapat tahu sila kredit nama kita Sis Iera Lee :) tapi Anirah je la kenal.. hehehe. Yang ni memang recommended tau! Confirm korang puas hati :)

Ok nanti kita sambung lagi review butik pengantin kat my area eh ..

Ops orang tanya saya pilih yang mana salah satu yang saya senarai ni tapi sorry sayang tak ada pun yang saya pilih dari sini sebab masa tu dah pay bridal di keratong. Suka baju dan design pelamin dorang. Meletops! Hehe.. for my wedding day, I choose this bridal:

7) Renjis Boutique
Butik ni di keratong, Pahang. Jauh tak jauh sangat la nak menghire yang oiiii sebab apa price meletops dan pelamin pun cantik. Alhamdulillah selamat sudah you all... Belanja pic barang sekeping dua. Sorry memang jenis me simple dan tak suka bunga terlalu banyak hehehee... Boleh follow instagram dorang Renjis_Boutique.. Owner Marc Jacob very sporting!



8) DS Syeila Weddingplace
Ni latest butik yang bagi hakak memang meletops design. Hakak tak pernah deal and riki. Maybe new wedding planner area my place. Kalau rasa berbaloi sila panjang-panjangkan kebaikan wedding planner ni. So far jiran guna khidmat dorang. Ok make up nice sebab collaborate dengan Anirah Ares my henna maker dulu. Dia make up nice tak tebal and up to date. Pakej full pun hado sebab akak suruh adik riki dio nak kahwin. Jumpa FB dorang je DS Syeila Weddingplace so pepandai lah nego harga and tengok pakej mereka. Tinggalkan komen kalau rasa post ni membantu korang dan wedding planner mana korang guna tau. Sharing is caring...



xoxo :)




                                                                                                the typewriter,
                                                                                              IERA LEE

You Might Also Like

2 comments:

Cik Nadyya said...

woww da nak kawen.. all the best ^^
congrat :)

Iera Lee said...

thank you @cik nadyya :)