
LOAN ASB WITH MAYBANK SETTLED
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah secara rasminya pada 13 Julai akaun ASB LOAN kak ra dah tutup sepenuhnya!
Korang tahu tak sebenarnya ambil masa 2 weeks je tau! Kak ra kan closed bulan april ritu
Ok kita pun tunggu la dan check account Maybank kalau-kalau dah tutup loan tu. Eh2 tengok penghujung bulan 7 tak tutup-tutup lagi. Tak apa maybe lambat sikit so Kak ra tunggu lagi dalam 3/4 hari lagi.
.
Ok keadaan masih sama dan tidak berubah setelah menunggu. Apa lagi yang buat kak ra panas sebab every 1 Jul kak ra kena pay dah tapi no allotment for Julai dan nanti nama masuk dalam ccris. Then bermula episod kak ra call customer service maybank. Dorang bagi nombor telefon Maybank Pandan Indah sebab pihak dorang tak boleh check benda ni. Akak pun call la deme.. yang incharge Ms. Muni..
.
The answer was totally make me shocked! No email no letter and no request in her mail inbox and said suppose all April termination should be done. Masa ni agak nak meletop sebab Maybank cyberjaya kan janji maximum 2 bulan je. Masa tu memang rasa nak terjah je maybank cyber tapi nasib fikir waras. Tak nak dengar cerita 1 pihak. Lunch hour terus ke Maybank cyber jumpa person incharge. Then dia tunjuk bukti dah email 30 April lagi bukan dekat seorang tapi cc her colleague also. Imagine nasib tak maki PIC cyber. Minta call depan2 dan cakap. Pastu baru dia admit tak perasan...F*^% geram tol! Akak cakap tak nak bayar untuk bulan 7 sebab faulty pihak maybank bukan saya dan kalau nama dalam ccris saya salahkan maybank. Said bagi tempoh atleast 1 week settled tapi dorang cakap 2minggu. Nego punya nego ok kak ra setuju 2 minggu must settled everything.
.
Tak sampai seminggui dapat call dari Maybank HQ bahagian collection tanya payment so akak inform Ms. Muni mintak inform HQ apa dah jadi dan settle kan cepat. Alhamdulillah after that semua siap cepat! Imagine 2 month tunggu dapat settle 2 weeks je wei!!! So conclusion even da submit all please follow up directly with the Maybank or others bank you deal with. Don't simply believe what people said and please be honest while doing your work.
Sekian bebelan...
The typewriter,
Labels: BLOG ♥♥♥ REVIEW, DIY ♥ DO IT YOURSELF

MAKANAN PEPEJAL UNTUK BAYI (SOLID FOOD FOR BABY)
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ha tajuk best untuk mak2 sekalian yang cam hakak ni baru ada anak sorang. So kemain excited nak bagi anak makan kan? Nak nye semua orang dok tanya kau, anak da bagi makan belum. Tak faham cam diorang lagi excited dari mak sendiri. Fening siap cakap kalau hakak bagi Azad Mukhlis makan lambat nanti otak tak berkembang la, terbantut tumbesaran la hape la.. ok fine semua orang adalah doktor #momknowsthebest
Idok ler nak menafikan kata-kata orang berpengalaman tu cuma sebagai new mother of course rasa stress sebab bertalu-talu pertanyaan dan siap cakap kita tak pandai jaga anak. Memang sangat melampau + dengan bekerja lagi so stress tau! Ok la melalut lak Kak Ra membebel. Moh kenal makanan pepejal untuk baby uols....
==================================================================
Bila waktu sesuai?
--> Kementerian sarankan apabila baby berusia 6 bulan ke atas OK! 6 bulan tapi my baby dah disumbat tepung beras seawal 2bulan huuhuhuh sedih sebab bukan yang pertama bagi. Nak buat macam mana ramai sangat emak nye
Kenapa 6 bulan ke atas?
--> Sebab time usia ni susu badan je tak boleh nak tampung segala nutrien yang baby perlu. Huntung yang dapat susukan baby dia. Kak Ra terpaksa guna bantuan FM ..lagi sedih. Lagi pun time usia ni kita dah boleh kenal pasti if baby ade allergic food or tak.
Kenal pasti baby dah boleh makan .. *nom nom nom*
1) Dah pandai duduk sendiri tap kalau duduk dah tegap kira ok la tu.
2) Boleh mengangkat kepala
3) Mulut dah start kumat-kamit cam menyunyah tu. Azad selalu tengok Kak Ra makan dengan husband dengan mulut cenggitu.
4) Berat badan naik cun
5) Tengok makanan yang kita makan cam excited giler!
Contoh makanan
1) Mula-mula kena buat cam puree or lenyek tu. Macam-macam Kak Ra baca ada kata start dengan buah dulu ada kata start dengan bijirin dan tenusu so terpulang la kepada uols tapi Kak Ra follow style barat. Start with fruit 1st actually as malaysian we supposed start with rice kosong dulu. Bagi sikit-sikit je dalam 2 3 sudu sehari. Sebab baby baru nak kenal food kan... If western style dorang guna rules 4 days maksudnya bagi makanan sama selama 4 hari berturut-turut seperti carta kat bawah ni
Sebab apa start dengan rice? Sebab rice rasa dia plain biar baby tahu apa itu rasa tawar tapi tak adalah plain sangat. Campur la susu deme sikit noks. Nurse KK lagi best advise bubur nasi + protein + ikan bilis (untuk kuatkan gigi) + sayuran + dessert (buah) + masa masak campur 1 sudu kecil minyak masak or zaitun (untuk lancarkan penghadaman) = LENGKAP!
2) Beras yang boleh bagi baby makan sama ada organik, brown rice or rice biasa. Kak Ra bagi brown rice dan notice kepekatan nasi tu sangat tinggi mean even dah reheat dan tambah air beras still likat dan pekat. Organik better tapi tak guna laie.
3) Protein : Ayam, daging, ikan (salmon, tenggiri, kembung?)
4) Sayur: Labu, carrot (lobak nak oii), sayur hijau cam bayam, sawi etc.. Brokoli nurse KK tak suggestkan sebab kandungan iodium tinggi? Ha gittew ler katanya. Tapi anak Hanis Zalikha dia bagi makan broccoli helok je.. ikut budak ye dak..
5) Buah : Pear, epal, pisang ( ni barat style). Nurse KK kata tembikai, limau pun boleh sebab tu buah-buahan tempatan. Well as usual Kak Ra pilih kebaratan buat sebagai pencuci mulut anak den jadikan puree dulu semua buah-buah tu ye...
========================================================================
Cara nak sediakan
1) Disebabkan Kak Ra pilih cara barat dulu so Kak Ra buat style puree semua buah tu dulu.
- Kukuskan lepas tu blend guna mesin buat air tu sebab buahkan.
- Lepas blend kasik clear sampah2 pakai penapis sampai puas hati.
- Letak dalam tempat kiub ais lepas tu simpan dan letak date sebab katanya boleh tahan 3 bulan je kalau letak tempat beku tu.
2) Lepas Kak Ra jumpa nurse KK baru implement cara melayu. Baru terhegeh-hegeh nak buat puree rice. Tapi salah step tau sadis! Tu pun Azad dah nak masuk 7bulan sebab date dorang bagi tu lambat gila. Hujung bulan baru cucuk 6 bulannye!
- Mula-mula basuh ler beras tu. Tak kan tala gitu lak kan.
- Keringkan sebab ada orang choose untuk blend beras tu bagi halus gila baru masak
- Simpan la yang da blend tu.
- Tapi cara Kak Ra, sebab tak ada blend kering masa tu so Kak Ra masak jadi bubur da ok baru blend nanti jadi lah dia halus2 and baby makan senang hati. Kalau rice Kak Ra tak simpan 3 bulan. Buat cukup-cukup untuk 2 3 hari je. If cuti masak baru. Gigih kan mom berkerjaya ni hehehe...
3) Azad now dah boleh makan campur so bubur dia tambahkan protein semua tu. Boleh choose untuk puree satu-satu contoh puree rice + ayam + sayur lepas tu letak satu bekas suruh pengasuh reheat tapi Kak Ra masak siap campur semua letak satu bekas senang sebab tu tak masak untuk 3 bulan. Try sehabis boleh nak masak hari2 tapi apa kan daya uhuhuh. So far Azad tak ada problem and poo2 smooth as usual...
Susu perlu tak?
PERLU tapi bagi sejam lepas makan dan kekerapan mungkin semakin susut. Tapi anak den lelaki so dia punya menyusu tak payah cakap sentiasa ada demand hehee tapi pandai-pandai ler emak2 bahagikan masa beri susu tu.
Berapa kali sehari nak bagi makan tu?
Soalan peberet Kak Ra masa Azad mula-mula nak makan. Yelah excited kan hahaha. Rujuk kat atas mula-mula bagi sikit dalam 2 3 sudu lepas tu dalam 2 minggu Kak Ra baru bagi pagi, tengahari dan petang + dessert untuk tengahari tu kira cam makanan orang dewasa sikit la. At first dulu bagi satu jenis je now da boleh campur all cam nurse KK cakap tu.
Additional info
Gittew siap ada info tambahan.
1) Tempat duduk baby : tengok keperluan dan kewangan. Beli je if rasa perlu
2) Perkakas makanan : Sangat perlu sebab dorang nye tempat makan tu specific sikit.
3) Blender / Pengisar : For me perlu sangat jenuh nak tunggu lumat all if ikut cara traditional.
K la confirm korang baca sampai muntah. Kak Ra yang menaip pun naik pening sebab tak pernah-pernah panjang gini entry aku. Jiwa mak2 sangat hehehe.. Bye chuols..
The typewriter,

Labels: BLOG ♥♥♥ REVIEW, DIY ♥ DO IT YOURSELF, ILMU, KUZIRA, KUZIRA JUNIOR STORY

REVIEW MOMMY : IDEA DOORGIFT AKIKAH & POTONG JAMBUL BABY AM
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Azad Mukhlis bin Ahmad Marzuki
DOB : 31 January 2017
It quite long I am in silent mode. Still have to gained back my mood in writing this journal of my life. Indeed now my time turn ups and down because of my cutie pie Azad Mukhlis. How time flies so fast now he already 5 months so we gonna organize his "aqiqah and potong jambul". Your mommy now getting busy to find an idea for your doorgift. Event will be held at my MIL house so it will be not buaian berendoi or any pelamin mini but me still insist to have it. Oh so stubborn lady hehehe..
Wait why must I am writing in English? Hehehehe.. ok la kita berbahasa pula. Setelah 5 bulan baru lah boleh buat majlis Baby AM ye. OK senarai doorgift dalam kepala hotak your mommy ha. Kalau boleh nak berjimat la idea tu tapi doorgift tu cantik di mata sedap di telan hehehe :
1) Kacang
2) Biskut ice cream
3) Cookies
4) Brownies
5) Dodol (so tradition :) )
Plan with picture:
1)
Simple and nice. Just beli plastic size kecil or sederhana yang transparent tu lepas tu letak doily paper supaya nampak kemas. Warna warni nampak menarik + ribbon SIAP!
2)
Ni pun nampak menarik dan senang. Cupcake box dan plastic. Lepas tu beli yang dawai bunga telur + ribbon ke pape. Dah SIAP! Jimat pun jimat kan...
3)
Mommy was thinking where to find this cute plastic bag? Just need sticker for Azad Mukhlis then siap. Letak biskut tin je yang ade berkg2 tu. Kalau siapa tahu inform by comment below ok ;).
4)
New idea. Biskut batang ni p rendam dalam coklat letak biji2 warna warni tu. Ha creative tapi amek masa ni LOL! heee...
Ok la tu cukup 4 je mommy share idea. Actually banyak sangat idea mommy ni nak buat doorgift awak AM cumanya masa dan kewangan limited. So ehmm lets mommy think 1st which 1 mommy nak choose. Tapi idea asal adalah begini tau:
So kira kos cam melampau lak lebih RM200 tapi tak apa akan diusahakan ok sayang.
Ok ajad.. ni masa dia baru 10hari di usia nya..
Mommy love you baby :)
Ok la bye chuoallss.
the typewriter,
Ms Iera Lee
Labels: BLOG ♥♥♥ REVIEW, DIY ♥ DO IT YOURSELF

REVIEW : HAZZANA BOUTIQUE HOTEL SERI KEMBANGAN
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lama tak menulis kan. Ok la kita open diary untuk tulis hotel di Seri Kembangan ni.
Last time husband datang, so macam biasa kami ni nomad. Nak tidur je pikir kat mana ek sebab sharing bilik sewa dengan sis so agak payah dia nak stay kat rumah sewa tu.
Google and macam biasa guna booking.com area Cyberjaya semua da habis. Giler macam pisang goreng panas ek. Memang ramai cari hotel area sini lagi-lagi ada Tune Hotel yang murah lah sikit ratenye. Dah tak ada kena la search yang dekat. Search kat Dengkil tapi tak kenan pula so cari area Seri Kembangan. Ting jumpa yang murah sikit dan under budget.
Hotel ni agak baru lah jugak. Interior dia memang wow! Cantik tapi maybe masa datang receptionist tu cam tak ada mood kot. Layan tak layan je.. Lantak la korang den nak bermalam ajo.. Hotel ni dekat dengan kedai makan siam. Hubby suka makan situ katanya sedap. For me Ok la .. tapi memang agak pemurahlah. Tomyam siap ada udang galah bagai and ketam.. mana nak cariii.. hehehehe..
Ok back to the hotel.. Pic as below:
Ni exactly pic our room. Memang sempit sikit berbaloi la dengan rege. Toilet luas syok!
Hubby minta yang ade tingkap tapi da lewat pun check in all is sold out. So tak sangka hehehe.. Ramai juga yang check in rupanya. Dalam semua lengkap siap ade coffee instant and hair dryer kot.
Internet thumbs up ..fast furious..
Ni rupa luar. Eh all picture ehsan google K tapi sebijik la gambarannye hehehe..
Ok la korang kalau nak cari yang selesa tapi bajet memang suggest this hotel.
K tata
P/S : Tak sabar nak beli laptop baruuu senang nak update blog pasni :(
the typewriter,

Labels: BLOG ♥♥♥ REVIEW, KUZIRA, TRAVEL :)

REVIEW : WP HOTEL KUALA LUMPUR WITH INFINITY POOL
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dah lama hakak tak menaipkan. Bukan busy sangat pun tapi tulah kehidupan ni macam tak ada masa lapang. Alhamdulillah rezeki Ramadhan iols disahkan mengandung. Yup 1st child. Nanti iols buat entry lain. Tu pun tak sempat nak cerita. Maklumlah busy muntah sokmo. Lagi 1 laptop rosak cam sakit hati jugak. Kena beli baru la gamaknya :P
Last weekend 28/8/16 iols pergilah sambut our 1s anniversary gitew... Kelas tak nak sambut-sambut bagai? Hehehe.. Simbolik kasih sayang katanya..auch. Plan nak juga berjalan dengan bawak perut. Yelah at first iols hajak lah my husband ke cameron. Nak ke over the sea tabungan menipis so cuti-cuti dalam negara la dulu. Awak bukan orang kayo... Semua proposal di reject eh. Sakitnya tuh di sini. End up nak sangat bercuti dekat tapi ada pool. Search lah yang paling baik punya. Google-google, mostly range price RM300 above tapi hotel and residence tip top.. Lastly kita perasan 1 blogger ni ke WP Hotel Kuala Lumpur. Husband memang pernah pergi cuma tak pernah lah nak mandi kat pool dia. Ok now biar gambar berbicara ...
Toilet macam style tune hotel cuma luas sikit. Lengkap dengan hair dryer tapi kita punya cam rosak je.. k bye!
2 shower.. suka
Ruang macam tune hotel Cyberjaya. Agak limited tapi kemas dan siap arah kiblat.
TV in front of your bed jerr...
View dari room kitorang dapat tengok KLCC :P
Husband in front of the infinity pool... Tak boleh mandi malam.. Open/close 7:00 am until 7:00 pm.
So nice view kannn walaupun jauh..
KL Tower...
From our room walaupun tak indah mana hehehehe... But this is our city .. Kuala Lumpur
Lanje sekeping dua.. kata anniversary.. auch :P
Kalau dia da masuk serius orang lain semua keluar hahahaha...
Syok!
hola... :)
Mak buyung ke mak dugong tu hehehe..
Overall service hotel ok cuma masalah parking sikit. Kalau korang tabiatnya suka berjalan kaki ha sesuai bebenor. Park kat hotel siap2 pastu jalan kaki ke Sogo ke KLCC ke. Tapi hakak pregnant dek non memang tak lah nak jalan kaki. Limited parking space so kena parking area terbuka tempat lain .. Rate dalam RM5:00 per entry siang dan malam RM5:00 juga. Sila ambil dan simpan resit sebab boleh claim kat hotel. Kitorang lupa ambil resit malam huhu :( .. Lagi 1 kami request a bit decoration for our 1st anniversary tapi kan depa tak buat. Sedih je kalau camtu tak payah la column untuk extra request. Tapi dah selamat pun.. Tu je la.. Maybe kena direct call.. Ok la selamat membaca ... Daaa~~
the typewrite,

Labels: BLOG ♥♥♥ REVIEW, TRAVEL :)

REVIEW : TADOM HILL
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ok entry ni sepatutnya iols upload da lama dah sebab ianya sudah basik!
Ngerti?
Hehehehe..
Kami pergi on March ritu sempena farewell Cho san..so sad
my great assistant manager wanna quit from MIKI..
Macam biasa tukang organize is ME! so iols suggest ke
Tadom Hill
Terletak di Banting, Selangor...
Best macam tempat adventure and outdoor sport tapi water based.
Actually tempat ni adalah kawasan tasik buatan tak silap tapi air jernih dan tak berbau
Penyelenggaraan sempurna, boleh buat BBQ dan fun la kalau pergi reramai..
Masuk per entry kena bayar RM 20 weekdays for adult, weekend RM23
No booking required tapi space hanya limited untuk 400 orang sekali masuk sahaja.
So malas membebel panjang jom iols sajikan mata korang dengan pic kami :)
Sampai awal.. With my husband. Open pukul 10:00 pagi sampai 10:00 malam..
With colleague Amy, Aryan 5 minutes & Wani
Aktiviti air berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian eh? heehe...
Slinding xsilap tapi ni Tadom lain..price pun lain..
Cari port nak lepak dapat 1 pondok
Jaket keselamatan disediakan...
Kami buat style potluck dan kumpul seorang RM10 untuk makanan. Overall satisfied dan berlobih-lobih. Kalau nak buat BBQ kena pay rental tak ingat lak berapo..
Masuk kena pakai golang ni heheheh...
#withmyhusband :P
Dio dulu menyelam...
Abam bersedia untuk beraksi..
Seronok memasing...
My manager Shiroguchi san gigih nak tolong Amy naik chair rakit tu... Hehehe..
With Tee :).. Dulu we are one team now she move to admin me come back to data ..
Ada aje aksi dia..
Aryan comel :)
Ok berjaya dapatkan rakit panjang...
Den memulo tak nak turun tapi dipaksa gak! Aish.. Sebab tak pandai berenang :P
Comel semua dapat naik atas rakit..
Dapat 2nd rakit hehehe.. muatan penuh
Makin tengari makin ramai orang. Tapi air tak panas walaupun sebenarnya cuaca terik sungguh tak rasa..
Sesi exchange gift :)
Yeay kami menang moto hahahaha...
Semua with their present :)
Happy birthday to me lalalala...
Cho san farewell cake...
Muko lotih..
Ni tempat terjun tiruk! Siap ade buaian laju-laju hehehe...
Last pic with Cho san.. Sayonara... huhu
Ok bye uols..
the typewriter,

Labels: BLOG ♥♥♥ REVIEW
Older Post