POST OF 2021
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hello peeps!
Lamanya tak menulis dalam diari maya ni sejak kehidupan tidak seperti dirancang so ni lah post 2021 kak ra. Ya masih jobless and surirumah untuk #theams. Macam mana dengan kehidupan korang di musim pandemik dan endamik ni. Yang penting jaga diri tau! Covid ni luar biasa penangannya.
Kak Ra pernah mengalami sebagai closed contact je tapi perasaan tu tak boleh cakap la..Nervous, sedih, marah semua la dan paling best time tu anak-anak dah dapat result tapi kak ra belum so terpaksa berpisah sekejap.
Oh sekarang kak ra adalah Amway Business Owner so kalau korang nak tahu atau nak beli barang-barang Amway tu boleh la roger kak ra dalam whatsapp 0173580633. So far tu je la menampung sedikit perbelanjaan kak ra seharian. Belum banyak lagi dan sedang bertatih. Korang doakan ye :).
Kak ra sebenarnya dalam dilema. Recently, abah baru je operate potong kaki dan masih stay di Semenyih untuk follow up di Hospital Putrajaya. Persoalannya, kak ngah minta kak ra stay di Serting rumah mak abah untuk sementara but in the same time kak ra diminta untuk berikan resume pada HR lama sebab nak bantu dapatkan kerja. Dengar benefit dan offer not bad tapi dalam masa yang sama kak ra nak berbakti pada orang tua. Anak-anak pula nak kehidupan yang terjamin so bagi korang yang mana kak ra patut pilih dulu? It is so confuse now and challenging for me to choose.
Doakan kak ra dapat buat keputusan yang lebih baik dan kerap menulis di sini ya...
The Typewriter,
Labels: KUZIRA
COVID-19 2020 - KISAH DUKA (UNPAID)
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tahun 2020 ramai kata tahun millenium tak juga kita bayangkan kereta terbang di mana-mana tapi rupanya kita silap sebab Yang Maha Esa punyai perancangan yang lagi hebat.
TERKESAN? Ye kak ra salah seorang daripadanya. Bekerja dalam sektor pelancongan dengan 1 company Jepun yang dah 100 years dalam bidang ni selama lebih 8 tahun tak sangka sekelip mata diberi notis CUTI TANPA GAJI selama 3 bulan. Rasa sangat sedih dan down. Nak pula kau adalah backbone your family since my husband condition not very good and taking care the kids.
TERDUDUK! Sangat! Tak tahu berapa banyak dah airmata mengalir sebab company nak kita yang keluar sendiri tanpa perlu mereka membayar pampasan. Teruk kan kuasa Covid-19 ni. Kami cover area Europe dan sekelip mata semua berubah. Ramai hilang pekerjaan, pengangguran di peringkat tinggi even inisiatif kerajaan bagi setakat mana lah mampu menolong :(
BERDOA supaya segeralah kita jumpa vaksin penyakit ini. Selagi kita tak jumpa kehidupan kekal dalam new norm. Kemana-mana penggunaan facemask adalah WAJIB dan sentiasa menjaga KEBERSIHAN. Tapi moral kat sini 2020 bukan tahun yang terbaik. Kita diuji begitu hebat sekali dan harap semua berakhir dengan secepat mungkin. Harap sangat company panggil kerja after 1 month unpaid.
BTW gais Kak ra terpaksa ubah profession so boleh la support my bisnes SANDWICHLICIOUS dan follow instagram theamskitchen .. Dah banyak hantar resume 1 pun tak dipanggil :(.. tak tahu mana silapnya ...doakan yang baik2 dan semoga kak ra success dalam bisnes makanan ni. Amin ya Allah.. Amin Ya Mujeeb
THE SECOND FROM MY OWN OVEN
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
The title already clearly mention "my oven" which mean my 2nd baby!!! Alhamdullillah on 22 Mar 2019 selamat dah kak ra melahirkan seorang puteri bernama Azra Mikhayla binti Ahmad Marzuki dengan berat 3.2kg.
Tapi emergency czer too sebab dah 9hours dalam labour still tak boleh meneran dan tak ada jalan untuk baby keluar. Yang kedua ni superb lasak walaupun gegirl. Dia punya hangin cam puting beliung..
Let me present my princess:
Time ni fresh bebetul dari oven... Sorry mommy dapat BF 2 weeks je pastu air da tak ada.. Bersyukurlah pada sesiapa yang dapat BF anak tu sampai 2 years..
Baiklah sekian nukilan kak ra.. Agitchu :P
The Typewriter,
Labels: KUZIRA, KUZIRA JUNIOR STORY
FREE SAMPLE FOR MOMMIES
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hi disebabkan hakak ada masa nak menaip ni moh ler kita share link FREE SAMPLE untuk mommies out there. Terjebak sejak preggy 1st baby lagi.. memula cari sample pampers je eh alih-alih gian nak cari yang lain gak kikiki.. Biasalah nafsu perempuan beb. Ok follow list ni dan maybe ada yang da expired pepandai la godek web dorang yek:
PAMPERS BABY (*Apasal panggil pampers ek padahal tu antara nama brand hehehe)
1. Drypers
https://www.drypers.com.my/drypers-sample-request/
2.Petpet
http://www.petpet.com.my/samples/
3.Huggies
https://www.huggies.com.my/en-my/auth/try-a-sample
4. Diapex
http://www.diapex.com.my/sample-request/
5. Mamypoko
https://my.mamypoko.com/en/news/sample-request.html
6.Merries
https://web.kao.com/my/merries/#freesample
7.Applecrumby
https://www.applecrumbyandfish.com/product/13043/applecrumby-chlorine-free-diapers-sample-xl.html
8.Whoopee
Ni kena send email to whoopee@peoplengrit.com
Ok la ni je buat masa sekarang. Later update list ok..bye
The typewriter,
WAITING FOR 2ND BABY
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
The title already show you the content hahaha.. OMG it is unexpected "rezeki" tau. Dulu masa nak dapatkan Azad Mukhlis sampai ke Langkawi buat segala benda yang orang dok rekomen.. Tapi yang 2nd ni hadir dicelah keributan hehee.. Nape ribut sebab tiba-tiba dia hadir. Alhamdulillah..Bersyukur dengan nikmat yang diberi. Semoga ada rezeki yang meluas untuk yang kedua ni.
Dulu rajin buat side income tapi sekarang pemalas ya Rabbi dan mual agak teruknye untuk yang 2nd baby ni. Tapi mommy try jugak buat yang terbaik untuk anak mommy yang sorang ni. Rancangnye cukup la 2 dan akan lebih berhati-hati ye selepas ini sebab biarlah dibesarkan dalam keadaan yang lengkap serba serbi.. Semoga dipermudahkan jua segala urusan mengandung dan bersalin nanti.
The 2nd ni memang strong betul like mommy. Walau perit sekali pun dia macam faham je mommy dia susah hati dan kalau rasa nak mual pun ada time dia cuma memang tak boleh la perut kosong sikit lepas 6:00 petang. Berat menurun sebab terlalu banyak masalah tapi Allah itu sebaik-baik perancang dan Dia yang tentukan segalanya. Kita mohon yang baik-baik sahaja..amin..
The Typewriter,
Labels: KUZIRA JUNIOR STORY, MUM TO BE
LOAN ASB WITH MAYBANK SETTLED
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah secara rasminya pada 13 Julai akaun ASB LOAN kak ra dah tutup sepenuhnya!
Korang tahu tak sebenarnya ambil masa 2 weeks je tau! Kak ra kan closed bulan april ritu
Ok kita pun tunggu la dan check account Maybank kalau-kalau dah tutup loan tu. Eh2 tengok penghujung bulan 7 tak tutup-tutup lagi. Tak apa maybe lambat sikit so Kak ra tunggu lagi dalam 3/4 hari lagi.
.
Ok keadaan masih sama dan tidak berubah setelah menunggu. Apa lagi yang buat kak ra panas sebab every 1 Jul kak ra kena pay dah tapi no allotment for Julai dan nanti nama masuk dalam ccris. Then bermula episod kak ra call customer service maybank. Dorang bagi nombor telefon Maybank Pandan Indah sebab pihak dorang tak boleh check benda ni. Akak pun call la deme.. yang incharge Ms. Muni..
.
The answer was totally make me shocked! No email no letter and no request in her mail inbox and said suppose all April termination should be done. Masa ni agak nak meletop sebab Maybank cyberjaya kan janji maximum 2 bulan je. Masa tu memang rasa nak terjah je maybank cyber tapi nasib fikir waras. Tak nak dengar cerita 1 pihak. Lunch hour terus ke Maybank cyber jumpa person incharge. Then dia tunjuk bukti dah email 30 April lagi bukan dekat seorang tapi cc her colleague also. Imagine nasib tak maki PIC cyber. Minta call depan2 dan cakap. Pastu baru dia admit tak perasan...F*^% geram tol! Akak cakap tak nak bayar untuk bulan 7 sebab faulty pihak maybank bukan saya dan kalau nama dalam ccris saya salahkan maybank. Said bagi tempoh atleast 1 week settled tapi dorang cakap 2minggu. Nego punya nego ok kak ra setuju 2 minggu must settled everything.
.
Tak sampai seminggui dapat call dari Maybank HQ bahagian collection tanya payment so akak inform Ms. Muni mintak inform HQ apa dah jadi dan settle kan cepat. Alhamdulillah after that semua siap cepat! Imagine 2 month tunggu dapat settle 2 weeks je wei!!! So conclusion even da submit all please follow up directly with the Maybank or others bank you deal with. Don't simply believe what people said and please be honest while doing your work.
Sekian bebelan...
The typewriter,
Labels: BLOG ♥♥♥ REVIEW, DIY ♥ DO IT YOURSELF
KAK RA AGEN SAH CUCKOO & TRUSTED NE
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hi uols korang cari penapis air yang ada standard? Lepas tu dapat air beralkali yang ber PH 7++? Penapis tu pulak ada 3 laras air? Sejuk, suam & panas? Harga paling rendah untuk bayaran bulanan?
Kak ra tahu yang mana paling TERBAIK. Ha!!!!Nak thu?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PENAPIS AIR CUCKOO la!
Juara dikalangan juara. Semua spesifikasi korang nak ada dekat penapis ni. Meh kak ra terangkan:
1) Penapis air standard: Sebab mengguna system yang tidak mudah berkarat ok
2) Air beralkali PH 7++: Boleh dapat air seperti mineral water tu so jimat banyak!
3) 3 laras suhu: ada sejuk, panas dan suam so korang pilih dan tekan je nak minum yang mana 1
4) Harga bulanan paling rendah: Sebab 0 gst dah sekarang so harga jadi RM56.60 je bulanan untuk design King Top babeh! Antara design hot tau.
Nak tahu lebih lanjut whatsapp Kak Ra ok
0173580633
No worries kita bincang sampai jadi hehee..
The Typewriter,
TERMINATED LOAN ASB MAYBANK 2018
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pergh lama betuk Kak Ra tak berblogging. Since usia dah 30th ni elok la iols menggelar diri ku hakak walaupun masih tidak mengaku hahahah.. Berbalik kepada tajuk, hari ini 26 Apr 2018 Kak Ra tamatkan loan ASB dengan Maybank.
Ni pengalaman untuk hari ini ok. Sampai dalam 12:20 pergi kaunter depan Maybank Cyberjaya ni, yang lelaki jaga depan tu suruh ke kaunter no.9 tanpa ambil nombor sebab Kak Ra cakap nak terminate akaun loan. Bahagian no.9 tu memang busy dan bahagian Financial advisor. Kak Ra adalah spesis tidak akan mencelah untuk memastikan itu adalah kaunter yang betul.
Tunggu punya tunggu sampai kaunter tu dah lepas 2 orang then Kak Ra jumpa cakap nak terminate ASB. Di sinilah episod panas hati sebab Kak Ra pergi time luncheon uols. Perut tak isi time nak habis dah sebab member cakap prosedur simple je dan cepat serta mudah. Yang handle kaunter 9 tu cakap bukan kat sini tapi kaunter di atas untuk terminate. Borang everything kat atas. Pergh time tu dah tengok jam tak berkelip, deboorrr takut lambat masuk opis.. macam takut nak masuk sekolah lak kan hahaha.. Sebab hakak keroje dengan Jepun, skema itu harussss...
Settle cap jari dekat kaunter receptionist tadi then naik atas dia tanya betul ke nak tutup ni. Yakin jawap YES tapi dalam hati masih ada sayang. Dia pun hulur borang then minta IC Kak Ra. Settle tulis semua dia cakap process 2 BULAN! Macam pelik apasal member 2 minggu je T_T ..nangis kat situ. Lepas tu Kak Ra tetap kena bayar sepanjang process berjalan iaitu sehingga bulan 6 even tarikh nak terminate bulan 4. Macam ^()_%$ di situ.
Kita nak stop cepat dia drag sampai 6 bulan. Huuhuuu...Dia minta no akaun dan sebarang keputusan kena la rajin tengok akaun sendiri. No email. No notification.. Sebab apa process lama sebab ramai stop kan loan ASB ni. Jangan tanya Kak Ra berapa ramai. I dont know either.. ops ter speaking lak hehehe.
Ok nanti Kak Ra update the result how...tapi before nak terminate pastikan akaun korang clear tak ada tunggakkan ok. Tak perlu bawa apa-apa. Bawa diri dan IC wokay.. tak sure la if prosedur sekarang dah berubah ke apa tapi kita tengok la 2 bulan ke processnye tu huhuuhuh...
Refer below link untuk detail lanjut pasal ASB LOAN MAYBANK
"LOAN ASB MAYBANK SETTLE"
The typwriter.
Ieralee
MAKANAN PEPEJAL UNTUK BAYI (SOLID FOOD FOR BABY)
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ha tajuk best untuk mak2 sekalian yang cam hakak ni baru ada anak sorang. So kemain excited nak bagi anak makan kan? Nak nye semua orang dok tanya kau, anak da bagi makan belum. Tak faham cam diorang lagi excited dari mak sendiri. Fening siap cakap kalau hakak bagi Azad Mukhlis makan lambat nanti otak tak berkembang la, terbantut tumbesaran la hape la.. ok fine semua orang adalah doktor #momknowsthebest
Idok ler nak menafikan kata-kata orang berpengalaman tu cuma sebagai new mother of course rasa stress sebab bertalu-talu pertanyaan dan siap cakap kita tak pandai jaga anak. Memang sangat melampau + dengan bekerja lagi so stress tau! Ok la melalut lak Kak Ra membebel. Moh kenal makanan pepejal untuk baby uols....
==================================================================
Bila waktu sesuai?
--> Kementerian sarankan apabila baby berusia 6 bulan ke atas OK! 6 bulan tapi my baby dah disumbat tepung beras seawal 2bulan huuhuhuh sedih sebab bukan yang pertama bagi. Nak buat macam mana ramai sangat emak nye
Kenapa 6 bulan ke atas?
--> Sebab time usia ni susu badan je tak boleh nak tampung segala nutrien yang baby perlu. Huntung yang dapat susukan baby dia. Kak Ra terpaksa guna bantuan FM ..lagi sedih. Lagi pun time usia ni kita dah boleh kenal pasti if baby ade allergic food or tak.
Kenal pasti baby dah boleh makan .. *nom nom nom*
1) Dah pandai duduk sendiri tap kalau duduk dah tegap kira ok la tu.
2) Boleh mengangkat kepala
3) Mulut dah start kumat-kamit cam menyunyah tu. Azad selalu tengok Kak Ra makan dengan husband dengan mulut cenggitu.
4) Berat badan naik cun
5) Tengok makanan yang kita makan cam excited giler!
Contoh makanan
1) Mula-mula kena buat cam puree or lenyek tu. Macam-macam Kak Ra baca ada kata start dengan buah dulu ada kata start dengan bijirin dan tenusu so terpulang la kepada uols tapi Kak Ra follow style barat. Start with fruit 1st actually as malaysian we supposed start with rice kosong dulu. Bagi sikit-sikit je dalam 2 3 sudu sehari. Sebab baby baru nak kenal food kan... If western style dorang guna rules 4 days maksudnya bagi makanan sama selama 4 hari berturut-turut seperti carta kat bawah ni
Sebab apa start dengan rice? Sebab rice rasa dia plain biar baby tahu apa itu rasa tawar tapi tak adalah plain sangat. Campur la susu deme sikit noks. Nurse KK lagi best advise bubur nasi + protein + ikan bilis (untuk kuatkan gigi) + sayuran + dessert (buah) + masa masak campur 1 sudu kecil minyak masak or zaitun (untuk lancarkan penghadaman) = LENGKAP!
2) Beras yang boleh bagi baby makan sama ada organik, brown rice or rice biasa. Kak Ra bagi brown rice dan notice kepekatan nasi tu sangat tinggi mean even dah reheat dan tambah air beras still likat dan pekat. Organik better tapi tak guna laie.
3) Protein : Ayam, daging, ikan (salmon, tenggiri, kembung?)
4) Sayur: Labu, carrot (lobak nak oii), sayur hijau cam bayam, sawi etc.. Brokoli nurse KK tak suggestkan sebab kandungan iodium tinggi? Ha gittew ler katanya. Tapi anak Hanis Zalikha dia bagi makan broccoli helok je.. ikut budak ye dak..
5) Buah : Pear, epal, pisang ( ni barat style). Nurse KK kata tembikai, limau pun boleh sebab tu buah-buahan tempatan. Well as usual Kak Ra pilih kebaratan buat sebagai pencuci mulut anak den jadikan puree dulu semua buah-buah tu ye...
========================================================================
Cara nak sediakan
1) Disebabkan Kak Ra pilih cara barat dulu so Kak Ra buat style puree semua buah tu dulu.
- Kukuskan lepas tu blend guna mesin buat air tu sebab buahkan.
- Lepas blend kasik clear sampah2 pakai penapis sampai puas hati.
- Letak dalam tempat kiub ais lepas tu simpan dan letak date sebab katanya boleh tahan 3 bulan je kalau letak tempat beku tu.
2) Lepas Kak Ra jumpa nurse KK baru implement cara melayu. Baru terhegeh-hegeh nak buat puree rice. Tapi salah step tau sadis! Tu pun Azad dah nak masuk 7bulan sebab date dorang bagi tu lambat gila. Hujung bulan baru cucuk 6 bulannye!
- Mula-mula basuh ler beras tu. Tak kan tala gitu lak kan.
- Keringkan sebab ada orang choose untuk blend beras tu bagi halus gila baru masak
- Simpan la yang da blend tu.
- Tapi cara Kak Ra, sebab tak ada blend kering masa tu so Kak Ra masak jadi bubur da ok baru blend nanti jadi lah dia halus2 and baby makan senang hati. Kalau rice Kak Ra tak simpan 3 bulan. Buat cukup-cukup untuk 2 3 hari je. If cuti masak baru. Gigih kan mom berkerjaya ni hehehe...
3) Azad now dah boleh makan campur so bubur dia tambahkan protein semua tu. Boleh choose untuk puree satu-satu contoh puree rice + ayam + sayur lepas tu letak satu bekas suruh pengasuh reheat tapi Kak Ra masak siap campur semua letak satu bekas senang sebab tu tak masak untuk 3 bulan. Try sehabis boleh nak masak hari2 tapi apa kan daya uhuhuh. So far Azad tak ada problem and poo2 smooth as usual...
Susu perlu tak?
PERLU tapi bagi sejam lepas makan dan kekerapan mungkin semakin susut. Tapi anak den lelaki so dia punya menyusu tak payah cakap sentiasa ada demand hehee tapi pandai-pandai ler emak2 bahagikan masa beri susu tu.
Berapa kali sehari nak bagi makan tu?
Soalan peberet Kak Ra masa Azad mula-mula nak makan. Yelah excited kan hahaha. Rujuk kat atas mula-mula bagi sikit dalam 2 3 sudu lepas tu dalam 2 minggu Kak Ra baru bagi pagi, tengahari dan petang + dessert untuk tengahari tu kira cam makanan orang dewasa sikit la. At first dulu bagi satu jenis je now da boleh campur all cam nurse KK cakap tu.
Additional info
Gittew siap ada info tambahan.
1) Tempat duduk baby : tengok keperluan dan kewangan. Beli je if rasa perlu
2) Perkakas makanan : Sangat perlu sebab dorang nye tempat makan tu specific sikit.
3) Blender / Pengisar : For me perlu sangat jenuh nak tunggu lumat all if ikut cara traditional.
K la confirm korang baca sampai muntah. Kak Ra yang menaip pun naik pening sebab tak pernah-pernah panjang gini entry aku. Jiwa mak2 sangat hehehe.. Bye chuols..
The typewriter,

Labels: BLOG ♥♥♥ REVIEW, DIY ♥ DO IT YOURSELF, ILMU, KUZIRA, KUZIRA JUNIOR STORY
AZAD MUKHLIS VS GONG YOO
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ok ni memang pengaruh K-Pop sangat. Ramai cakap muka anak mommy macam Gong Yoo pelakon korea tu. Adakah gara-gara mommy suka tengok cerita Goblin tu baby oiii hehehe.. Serius masa preggy layan K-pop tak hengat. Bukan sebab nak anak muka korean ke mende sebab tak dapat tidur oiii. Korang rasa la bila korang pregnant nanti. Some more I am alone while I am pregnant. Suami jauh, sis selalu jumpa suami dia sebab masa tu sewa bilik dengan sister tapi memasing dah kahwin hehehe. So bila alone and tak tidur malam-malam, layan la K-drama....

My son Azad Mukhlis

Gong Yoo Goblin.. Handsome walaupun da tuo. Hehehehe.. sape layan Coffee Prince confirm kenal. Dorang kata muka baby ada iras pelakon ni. Mungkinkah terkenan.. Oh lucky mommy hahahha.. Tak dapat Song Joong Ki ni pun ok la sayang.
What do you say? For me tak nampak sangat tapi memang melting bila tengok anak sendiri senyum manis-manis. Aduh terpikat sangat hehehe.. Mommy love you so much baby AM my lil strawberry aka kuzira junior
The typewriter,
Labels: KUZIRA, KUZIRA JUNIOR STORY
REVIEW MOMMY : IDEA DOORGIFT AKIKAH & POTONG JAMBUL BABY AM
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Azad Mukhlis bin Ahmad Marzuki
DOB : 31 January 2017
It quite long I am in silent mode. Still have to gained back my mood in writing this journal of my life. Indeed now my time turn ups and down because of my cutie pie Azad Mukhlis. How time flies so fast now he already 5 months so we gonna organize his "aqiqah and potong jambul". Your mommy now getting busy to find an idea for your doorgift. Event will be held at my MIL house so it will be not buaian berendoi or any pelamin mini but me still insist to have it. Oh so stubborn lady hehehe..
Wait why must I am writing in English? Hehehehe.. ok la kita berbahasa pula. Setelah 5 bulan baru lah boleh buat majlis Baby AM ye. OK senarai doorgift dalam kepala hotak your mommy ha. Kalau boleh nak berjimat la idea tu tapi doorgift tu cantik di mata sedap di telan hehehe :
1) Kacang
2) Biskut ice cream
3) Cookies
4) Brownies
5) Dodol (so tradition :) )
Plan with picture:
1)
Simple and nice. Just beli plastic size kecil or sederhana yang transparent tu lepas tu letak doily paper supaya nampak kemas. Warna warni nampak menarik + ribbon SIAP!
2)
Ni pun nampak menarik dan senang. Cupcake box dan plastic. Lepas tu beli yang dawai bunga telur + ribbon ke pape. Dah SIAP! Jimat pun jimat kan...
3)
Mommy was thinking where to find this cute plastic bag? Just need sticker for Azad Mukhlis then siap. Letak biskut tin je yang ade berkg2 tu. Kalau siapa tahu inform by comment below ok ;).
4)
New idea. Biskut batang ni p rendam dalam coklat letak biji2 warna warni tu. Ha creative tapi amek masa ni LOL! heee...
Ok la tu cukup 4 je mommy share idea. Actually banyak sangat idea mommy ni nak buat doorgift awak AM cumanya masa dan kewangan limited. So ehmm lets mommy think 1st which 1 mommy nak choose. Tapi idea asal adalah begini tau:
So kira kos cam melampau lak lebih RM200 tapi tak apa akan diusahakan ok sayang.
Ok ajad.. ni masa dia baru 10hari di usia nya..
Mommy love you baby :)
Ok la bye chuoallss.
the typewriter,
Ms Iera Lee
Labels: BLOG ♥♥♥ REVIEW, DIY ♥ DO IT YOURSELF
NEW PHASE : I AM A MOMMY NOW!
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lamanye tah hupdate!!! Dah berbulan-bulan. Hari ni tak busy sikit boleh la nak mencelah. Alhamdulillah after post ritu sis da selamat delivered baby boy on 38weeks, 31 Jan 2017.
It is not easy to for me at first tu pun terpaksa czer. Tapi pengalaman masing-masing tak sama. Ada dipermudahkan dan sebaliknya. Ianya satu pengalaman yang sangat berharga dan pengorbanan kita sebagai seorang isteri serta ibu. Let me share with you how the flow ... hehehe :)
28 Jan 2017
Malam tu lepas makan dah rasa macam sakit mengeras tapi bukan macam nak deliver. Orang kata macam contraction main-main. O wat lek wat peace heheheh..
29 Jan 2017
Pergi lawat baby Haris dekat Kuala Pilah. Friend suruh check dekat klinik ke hospital ke. Dah alang-alang house dia dekat dengan Hospital Kuala Pilah terus direct bahagian kecemasan dekat sana. Depa semua cakap me serah tengkuk. Mana tahu kan hehehe.. Sampai situ disebabkan kes mengandung, refer terus wad bahagian tu. OK mula-mula ujian air kencing and check tekanan darah, all OK. Lepas tu check heartbeat baby. All fine also.. Then nak check bukaan pula. Allah malu doc lelaki nak seluk kan. Request doc perempuan tapi semua busy huhuhu.. Terpaksalah redha. Dah la husband tak boleh masuk and check. Doc tu check kata bukaan 2cm me rasa OMG! I nak bersalin dah ke sebab baru 38 weeks and tak rasa sakit sangat. Then rupanya ade second check by real doc sebab yang first tu doc pelatih. Hampagas.. Sekali doc tu seluk till bleeding. Sakit betul tapi terpaksa tahan. No bukaan she said and marah doc laki tu macam mana u check ade bukaan. Check overall, baby too big loooo... Almost 3.8kg for me yang petite and oligo aka air ketuban pun kurang. Tinggal 1cm je padahal check kk ade lagi 8cm 1 week ago. Kena tahan wad tapi me pula on rotation work 30 Jan, so siap request tak nak dan dapat jawapan simple "Kami tak kisah tapi puan pentingkan nyawa atau kerja?" Pergh sentap mak disitu hahahahaa... Tapi itu belum sah betul-betul. Kena tunggu pakar check malamnye pula. Ok da kena admit ward cakap kat husband walaupun tak sakit and due jauh lagi 11 Feb tapi sebab ketuban kurang kena juga masuk. Nasib da ready barang sikit-sikit. Malam tu pakar datang dengan seramai nye doc pelatih. Hawau.. Kena masuk lagi bilik pemeriksaan. Kali ni seluk depan ramai-ramai doc pelatih. Dah rasa kau macam bahan ujikaji. Malu toksah cerita la ye dak. Dengan terkangkang nye huhuhu tapi if not camne dorang nak belajar. True tak ada bukaan, baby too big and oligo kurang. Kena advise bersalin segera. Pang! 1 big news yang tak disangka.
30 Jan 2017
Relax2 dekat hospital. Katil sebelah baru lepas bersalin secara normal. Baby so cute and duduk dengan semua yang induce. Ade sakit ade yang wat rilex wat peace. Lepas join kelas perahan susu and so on, pakar lain pula datang. Bincang nak bersalin normal atau czer. Both ade komplikasi tapi nak persetujuan suami juga sebab kena sign paper kan. Ok tunggu ler husband datang and dia nak normal. Pakar datang lagi explain dekat suami pula. If normal can but once baby head da stuck maybe mereka terpaksa patahkan tangan untuk keluar kebetulan me pun tak ada jalan lagi. So if induce baby pun boleh lemas sebab big for me. Siapa sanggupkan kau da bawa dia 9 months tetiba cacat pula anggotanya. Czer komplikasi dekat mak. Discuss punya discuss ok husband setuju czer and imagine tomorrownye kena operate. OMG!!! Tak ready lagi dari segi mental dan fizikal. Kena puasa start 10.00 pm.
31 Jan 2017
Suppose me dulu operate at 8.00 am tapi disebabkan akak katil sebelah tumpah darah yang banyak terpaksa handle dia dulu. Tunggu punya tunggu dengan puasa lagi, 12:30 tolak masuk labor room. Sayangnye if czer husband tak boleh tengok. Kena bius separuh. Pucat muka iols sebab first time kan kena operate. Boleh dengar segedebuk baby keluar. Allahuakbar hebat kuasa Allah kan. Lepas tu tolak masuk wad biasa tapi kena puasa lagi 6jam. Then around 7.00 pm nurse datang untuk tukar pad everything and complication start. Me bleeding to much then rescue come over with the specialist. Kena tekan dekat perut with no bius. Imagine what I feel. At first boleh tahan lagi tapi makin lama makin sakit. Dah sampai sebut Allahuakbar and pakar cakap too many darah beku nanti rahim tak mengecut. Me kehilangan darah yang banyak so kena tolak masuk ICW balik baru lah dorang bius. Masa tu memang muka cam mayat. Me haus sangat-sangat. Actually tak boleh minum tapi doc bagi excuse sebab kesian. Dah lama sangat puasakan. Minum tak hengat tau! Allah je yang tahu nikmat air tu macam mana. Masuk 2 paket darah. Esoknye pindah wad biasa sebab dah makin ok and discharged lepas 2 hari dekat hospital. Allahamdulillah now getting better tapi berjaga-jaga juga. Baby pun sihat. Next time share pic dia pula :P....
xoxo
the typewriter,

Labels: KUZIRA, MUM TO BE
NEW PHASE : 37WEEKS
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lama dah tak update apa-apa...
Sebab terlalu sibuk dengan tak dapat beli laptop this year ..sedih wooo company tak dapat bagi bonus tahun ni. Lepas bagi insentif yang celah gigi je. Husband cakap redha la sayang and belajarlah bersyukur..huhuhuh...
Alhamdulillah..Hakak tak sangka sangat dah berjaya mengharungi phase of mummy to be sehingga 3rd trimester. YaAllah dah 37weeks dan tunggu masa je my baby nak born. Cannot wait to see you my baby. Doakan hakak selamat deliver dan bersalin normal ye. Dan juga doakan hakak and baby selamat juga. Amin~~~
Melalui fasa menjadi ibu ni bukan 1 perkara mudah rupanya. Nampak macam senang tapi tidak ye wahai anda semua. Dengan hakak PJJ lagi dengan husband. Kadang pergi check-up sorang, jumpa doktor sorang. Sedih woooo ... jiwa tu kena kental. Tapi Allah tu dah aturkan kehidupan kita baik sekali jadi kita sama-samalah berdoa dan ingat Dia selalu. Hakak nervous gak ni al-maklum 1st experience. Oh jantina? Ehem team bapaknye hehehe.. Ok nanti hakak update lagi k. Ada macam-macam nak cerita tapi kita hold dulu ..hehehee...
Bye...
the typewriter,

Labels: KUZIRA, MUM TO BE
REVIEW : HAZZANA BOUTIQUE HOTEL SERI KEMBANGAN
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lama tak menulis kan. Ok la kita open diary untuk tulis hotel di Seri Kembangan ni.
Last time husband datang, so macam biasa kami ni nomad. Nak tidur je pikir kat mana ek sebab sharing bilik sewa dengan sis so agak payah dia nak stay kat rumah sewa tu.
Google and macam biasa guna booking.com area Cyberjaya semua da habis. Giler macam pisang goreng panas ek. Memang ramai cari hotel area sini lagi-lagi ada Tune Hotel yang murah lah sikit ratenye. Dah tak ada kena la search yang dekat. Search kat Dengkil tapi tak kenan pula so cari area Seri Kembangan. Ting jumpa yang murah sikit dan under budget.
Hotel ni agak baru lah jugak. Interior dia memang wow! Cantik tapi maybe masa datang receptionist tu cam tak ada mood kot. Layan tak layan je.. Lantak la korang den nak bermalam ajo.. Hotel ni dekat dengan kedai makan siam. Hubby suka makan situ katanya sedap. For me Ok la .. tapi memang agak pemurahlah. Tomyam siap ada udang galah bagai and ketam.. mana nak cariii.. hehehehe..
Ok back to the hotel.. Pic as below:
Ni exactly pic our room. Memang sempit sikit berbaloi la dengan rege. Toilet luas syok!
Hubby minta yang ade tingkap tapi da lewat pun check in all is sold out. So tak sangka hehehe.. Ramai juga yang check in rupanya. Dalam semua lengkap siap ade coffee instant and hair dryer kot.
Internet thumbs up ..fast furious..
Ni rupa luar. Eh all picture ehsan google K tapi sebijik la gambarannye hehehe..
Ok la korang kalau nak cari yang selesa tapi bajet memang suggest this hotel.
K tata
P/S : Tak sabar nak beli laptop baruuu senang nak update blog pasni :(
the typewriter,

Labels: BLOG ♥♥♥ REVIEW, KUZIRA, TRAVEL :)
NEW PHASE : JOURNEY OF MUM TO BE
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang menciptakan seluruh alam.
14 June 2016 hari yang tak akan dilupakan. Tarikh ni keramat buat wanita yang ingin bergelar ibu seperti hakak. Perjalanan hidup hakak tak mudah macam orang lain. Masih lagi tinggal berasingan dengan suami bak kata orang sekarang PJJ "perhubungan jarak jauh" or "weekend husband and wife"...Huhuhu..
Tarikh tu hakak pergi scan untuk pengesahan kehamilan. SubhanaAllah terkejut dan sedih memula sebab kehidupan tak macam orang lain kan tapi lelama dah boleh accept cuma rasa nak cepat-cepat tinggal di sisi suami. Mula-mula buat pakai alat ujian kehamilan tu je. Beli dekat Watson Dpulze. Dah lama hakak nak beli tapi macam teragak-agak. Ada one time tu rasa cam loya gila kepala macam berputar tapi sedapkan hati tak kan lah preggy. End up pening tu datang melampau sangat so hakak decide belilah alat tu. Tak tahu pilih mana tapi akak pakai yang ini:

Nama brand pun sampai dah lupa dah hehehe.. At first nak beli yang clear blue tu tapi mahal gila kang negative sia-sia je. So beli je yang murah. Pagi tu nak pergi kerja dah siap everything lepas tu rasa berat sangat kepala ni. Bagi mesej kat leader EL so dalam hati tu nak buat test benda ni tapi husband pernah cakap kalau nak check nanti buat sama-sama. Disebabkan perasaan ingin tahu tu menebal hakak buat juga sendiri. Suspend gak nak tahu result. Hakak perati je warna tu bertukar lelama makin pekat jadi dua. Check manual kalau line 2 maknanya sah pregnant. Menggigil dan terus call husband menangis. Tak tahu tu menangis gembira ke takut...
Call of course husband a bit upset sebab dia kan suruh tunggu tapi isterinya ketegaq. So paksa gak dia datang and tengahari tu terus ke klinik swasta untuk check dan sahkan. Ok doctor mintak staff dia scan and sah mengandung tapi the baby look so small. Masa tu baru 5 weeks.. Macam gumpalan tanah lagi tak ada rupa semua. Husband rasa excited tapi hakak risau sebab kami kan dok jauh. Tapi dia kata ni rezeki kita. Bukan senang nak dapat. Betul itu hakak setuju!
Decide to proceed with current life tapi at same time try cari rumah sewa. Walaweh sedih gak rumah kebanyakan nya hakak tak mampu. Suami pun kerja kampung je dik non. So nak tak nak sabar je la.... Now usia kandungan dah 17 weeks. Alhamdulillah semoga sihat sentiasa baby ni da sempurna sifatnya. Kejap je masa tu berlalu sebenarnya. First trimester memang tak lalu makan now 2nd sampai berat naik mendadak pula.. So kena kawal lah pemakanan selepas ni..
Sekian nukilan hakak di dalam diari maya ni. Terima kasih semua...
XOXO
the typewriter,

Labels: MUM TO BE
REVIEW : WP HOTEL KUALA LUMPUR WITH INFINITY POOL
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dah lama hakak tak menaipkan. Bukan busy sangat pun tapi tulah kehidupan ni macam tak ada masa lapang. Alhamdulillah rezeki Ramadhan iols disahkan mengandung. Yup 1st child. Nanti iols buat entry lain. Tu pun tak sempat nak cerita. Maklumlah busy muntah sokmo. Lagi 1 laptop rosak cam sakit hati jugak. Kena beli baru la gamaknya :P
Last weekend 28/8/16 iols pergilah sambut our 1s anniversary gitew... Kelas tak nak sambut-sambut bagai? Hehehe.. Simbolik kasih sayang katanya..auch. Plan nak juga berjalan dengan bawak perut. Yelah at first iols hajak lah my husband ke cameron. Nak ke over the sea tabungan menipis so cuti-cuti dalam negara la dulu. Awak bukan orang kayo... Semua proposal di reject eh. Sakitnya tuh di sini. End up nak sangat bercuti dekat tapi ada pool. Search lah yang paling baik punya. Google-google, mostly range price RM300 above tapi hotel and residence tip top.. Lastly kita perasan 1 blogger ni ke WP Hotel Kuala Lumpur. Husband memang pernah pergi cuma tak pernah lah nak mandi kat pool dia. Ok now biar gambar berbicara ...
Toilet macam style tune hotel cuma luas sikit. Lengkap dengan hair dryer tapi kita punya cam rosak je.. k bye!
2 shower.. suka
Ruang macam tune hotel Cyberjaya. Agak limited tapi kemas dan siap arah kiblat.
TV in front of your bed jerr...
View dari room kitorang dapat tengok KLCC :P
Husband in front of the infinity pool... Tak boleh mandi malam.. Open/close 7:00 am until 7:00 pm.
So nice view kannn walaupun jauh..
KL Tower...
From our room walaupun tak indah mana hehehehe... But this is our city .. Kuala Lumpur
Lanje sekeping dua.. kata anniversary.. auch :P
Kalau dia da masuk serius orang lain semua keluar hahahaha...
Syok!
hola... :)
Mak buyung ke mak dugong tu hehehe..
Overall service hotel ok cuma masalah parking sikit. Kalau korang tabiatnya suka berjalan kaki ha sesuai bebenor. Park kat hotel siap2 pastu jalan kaki ke Sogo ke KLCC ke. Tapi hakak pregnant dek non memang tak lah nak jalan kaki. Limited parking space so kena parking area terbuka tempat lain .. Rate dalam RM5:00 per entry siang dan malam RM5:00 juga. Sila ambil dan simpan resit sebab boleh claim kat hotel. Kitorang lupa ambil resit malam huhu :( .. Lagi 1 kami request a bit decoration for our 1st anniversary tapi kan depa tak buat. Sedih je kalau camtu tak payah la column untuk extra request. Tapi dah selamat pun.. Tu je la.. Maybe kena direct call.. Ok la selamat membaca ... Daaa~~
the typewrite,

Labels: BLOG ♥♥♥ REVIEW, TRAVEL :)
REVIEW : TADOM HILL
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ok entry ni sepatutnya iols upload da lama dah sebab ianya sudah basik!
Ngerti?
Hehehehe..
Kami pergi on March ritu sempena farewell Cho san..so sad
my great assistant manager wanna quit from MIKI..
Macam biasa tukang organize is ME! so iols suggest ke
Tadom Hill
Terletak di Banting, Selangor...
Best macam tempat adventure and outdoor sport tapi water based.
Actually tempat ni adalah kawasan tasik buatan tak silap tapi air jernih dan tak berbau
Penyelenggaraan sempurna, boleh buat BBQ dan fun la kalau pergi reramai..
Masuk per entry kena bayar RM 20 weekdays for adult, weekend RM23
No booking required tapi space hanya limited untuk 400 orang sekali masuk sahaja.
So malas membebel panjang jom iols sajikan mata korang dengan pic kami :)
Sampai awal.. With my husband. Open pukul 10:00 pagi sampai 10:00 malam..
With colleague Amy, Aryan 5 minutes & Wani
Aktiviti air berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian eh? heehe...
Slinding xsilap tapi ni Tadom lain..price pun lain..
Cari port nak lepak dapat 1 pondok
Jaket keselamatan disediakan...
Kami buat style potluck dan kumpul seorang RM10 untuk makanan. Overall satisfied dan berlobih-lobih. Kalau nak buat BBQ kena pay rental tak ingat lak berapo..
Masuk kena pakai golang ni heheheh...
#withmyhusband :P
Dio dulu menyelam...
Abam bersedia untuk beraksi..
Seronok memasing...
My manager Shiroguchi san gigih nak tolong Amy naik chair rakit tu... Hehehe..
With Tee :).. Dulu we are one team now she move to admin me come back to data ..
Ada aje aksi dia..
Aryan comel :)
Ok berjaya dapatkan rakit panjang...
Den memulo tak nak turun tapi dipaksa gak! Aish.. Sebab tak pandai berenang :P
Comel semua dapat naik atas rakit..
Dapat 2nd rakit hehehe.. muatan penuh
Makin tengari makin ramai orang. Tapi air tak panas walaupun sebenarnya cuaca terik sungguh tak rasa..
Sesi exchange gift :)
Yeay kami menang moto hahahaha...
Semua with their present :)
Happy birthday to me lalalala...
Cho san farewell cake...
Muko lotih..
Ni tempat terjun tiruk! Siap ade buaian laju-laju hehehe...
Last pic with Cho san.. Sayonara... huhu
Ok bye uols..
the typewriter,

Labels: BLOG ♥♥♥ REVIEW
Older Post | Newer Post