REVIEW BRIDE TO BE : DUGAAN DAN CABARAN BERTUNANG
Monday, 20 April 2015 | 1comment
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Yeay kesinambungan setelah sel-sel otak den bersambung!
dah kenapa tajuk review kali ni gini sebabnya I tengah mengalami.
MasyaAllah dugaan bertimpa-timpa dan sungguh berat sampai tak mampu Jah nak lawan.
Kadang jumpa happy but in the end hamek ko air mata jatuh berguguran ( da ngope lagu raye heehhehe)
Tapi nikmat bertunang ni sebenarnya indah kerana sekurang-kurangnya kita dapat mengenali siapa bakal suami kita tu. Lebih dekat lah tapi hasutan syaiton nirrajim ni lagi dasyat. Kalau boleh biaq hangpa tak kahwin terus tak apa haih...
Cecuba angkat tangan sikit siapa yang pernah mengalami, dah alami atau sedang mengalami??
Kita cuba lawan tapi kan kita jadi semakin tak kenal siapa diri ini. Suka meninggi diri dan terjerit-jerit bila bergaduh padahal kita seorang yang sopan tau. Hehehe Jah angkat bakul sendiri jap eh ...
Antara faktor dan punca gaduh seperti di bawah ni :
1. Emosi
Emosi korang tak terkawal. Perkara sekecik zarah korang besarkan seperti atom pastu meletup lah kan. Kalau perkara besar lagi lah berbom-bom gamaknye. Langkah praktikal, salah seorang disarankan beralah. Kes aku sorang pun tak hingin beralah. Tu yang in the end aku yang nangis hehehe. Kalau tak tahan sangat pi bawak tido atau solat. Baru cool :)
2. Pihak ke-3
Hah! Ni paling bahaya sebab pihak ke-3 kita tak nampak wei.. Salah satu syaiton. Sebab dia pun pihak ketiga bagi aku. Dia yang hasut anak adam supaya jangan kahwin dan asyik gaduh je kerja nya. Tapi sebenarnya pihak ke-3 ni bermaksud gangguan dari orang yang tetiba je suka kita. Ye lah darah manis uols. Seperti gula dihurungi semut kecil-kecil tu. Ecewah.... Saranan Jah, baik lelaki perempuan, senyum biar berpada. Kalau boleh jalan tu tunduk jer..hahahahha
3. Masalah kewangan Ni paling kritikal. Buat nye kome macam Jah kan. Nak wedding grand ala-ala retis. Duit kelaut. Lagi lah kalau pasangan kita tetiba je nak kahwin ditimpa musibah. Kena berhenti kerja sebab kilang tutup ke hape ke. Mencekau gaduh pasal duit wei. Pastu rasa manjang tak cukup. Time tu lah kereta kena full service, battery kereta kong, belanja itu ini sampai tak ada duit nak simpan. Makanya sila lah ikat perut uols. Lagi pun sangat sesuai. Boleh kurus :P .. Berjimat cermat la semua huhuhu. 4. Pengurusan hal perkahwinan Benda ni pun satu masalah buat kita dan pasangan. Pengalaman Jah bergaduh sebab fiancee buat bodoh je. Borang tak isi apa semua tak buat. Maun haku tak hangin... Tapi settle la cara baik, insyaAllah dipermudahkan segala urusan olehNya. Amin... 5. Perasaan ragu-ragu Ok ini benar-benar terjadi pada Jah. Ni tinggal 4 bulan lagi ni. Perasaan tu makin kuat. Sungguh ke nak kahwin dah ni? Dah sedia? Tapi inilah senjata buat syaiton nirrajim supaya anak adam semua tidak jadi mendirikan masjid. Jadi jiwa kena kental ye sayang semua... Kalau boleh sama-sama berdoa padaNya, mohon petunjuk dan sebagainya :)
Sekian lah ulasan. Penat lah menaip. K bye!
the typewriter Labels: B2B ♥ BRIDE 2 BE, BLOG ♥♥♥ REVIEW, ILMU |
The Tukang Tulis HELLO PEEPS!!!:) The Key To The Life Of The Heart : lie in reflecting upon the Quran, being humble before Allah in secret, and leaving sins (Ibn Al Qayyim) Let's Stalker!
My source! |