NEW PHASE : JOURNEY OF MUM TO BE


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang menciptakan seluruh alam.
14 June 2016 hari yang tak akan dilupakan. Tarikh ni keramat buat wanita yang ingin bergelar ibu seperti hakak. Perjalanan hidup hakak tak mudah macam orang lain. Masih lagi tinggal berasingan dengan suami bak kata orang sekarang PJJ "perhubungan jarak jauh" or "weekend husband and wife"...Huhuhu.. 

Tarikh tu hakak pergi scan untuk pengesahan kehamilan. SubhanaAllah terkejut dan sedih memula sebab kehidupan tak macam orang lain kan tapi lelama dah boleh accept cuma rasa nak cepat-cepat tinggal di sisi suami. Mula-mula buat pakai alat ujian kehamilan tu je. Beli dekat Watson Dpulze. Dah lama hakak nak beli tapi macam teragak-agak. Ada one time tu rasa cam loya gila kepala macam berputar tapi sedapkan hati tak kan lah preggy. End up pening tu datang melampau sangat so hakak decide belilah alat tu. Tak tahu pilih mana tapi akak pakai yang ini:


Nama brand pun sampai dah lupa dah hehehe.. At first nak beli yang clear blue tu tapi mahal gila kang negative sia-sia je. So beli je yang murah. Pagi tu nak pergi kerja dah siap everything lepas tu rasa berat sangat kepala ni. Bagi mesej kat leader EL so dalam hati tu nak buat test benda ni tapi husband pernah cakap kalau nak check nanti buat sama-sama. Disebabkan perasaan ingin tahu tu menebal hakak buat juga sendiri. Suspend gak nak tahu result. Hakak perati je warna tu bertukar lelama makin pekat jadi dua. Check manual kalau line 2 maknanya sah pregnant. Menggigil dan terus call husband menangis. Tak tahu tu menangis gembira ke takut...

Call of course husband a bit upset sebab dia kan suruh tunggu tapi isterinya ketegaq. So paksa gak dia datang and tengahari tu terus ke klinik swasta untuk check dan sahkan. Ok doctor mintak staff dia scan and sah mengandung tapi the baby look so small. Masa tu baru 5 weeks.. Macam gumpalan tanah lagi tak ada rupa semua. Husband rasa excited tapi hakak risau sebab kami kan dok jauh. Tapi dia kata ni rezeki kita. Bukan senang nak dapat. Betul itu hakak setuju!

Decide to proceed with current life tapi at same time try cari rumah sewa. Walaweh sedih gak rumah kebanyakan nya hakak tak mampu. Suami pun kerja kampung je dik non. So nak tak nak sabar je la.... Now usia kandungan dah 17 weeks. Alhamdulillah semoga sihat sentiasa baby ni da sempurna sifatnya. Kejap je masa tu berlalu sebenarnya. First trimester memang tak lalu makan now 2nd sampai berat naik mendadak pula.. So kena kawal lah pemakanan selepas ni..

Sekian nukilan hakak di dalam diari maya ni. Terima kasih semua...
XOXO





                                                                                                           the typewriter,
                                                                                              

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW BRIDE TO BE : BUTIK PENGANTIN BAHAU DAN SERTING

REVIEW BRIDE TO BE : SENARAI KLINIK KESIHATAN UJIAN HIV & BORANG NIKAH

REVIEW BRIDE TO BE : CINCIN LELAKI