REVIEW BRIDE TO BE : CINCIN LELAKI



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lama tak update kan?
Mak oii tinggal sebulan bakal mengakhiri gelaran bujang.. 
Gila tak nervous. Rasa badan pun dah nak domam..
Ni ha dok pikiaq apa lah nak bagi kat laki haku nanti.
Yes, benda ni tak wajib pun. Inisiatif engkau la cik adik manis oiii..
Memula nak belikan bangle sebab bakal shuben gila gelang sampai nangis-nangis nak gelang ( ok itu tipu) hehehehe...
Pastu fikir balik apa la ngoman den bagi golang time nikah. Macam tak proper la kan..
So decide beli cincin. Tapi lelaki tak boleh pakai semua cincin. EMAS?? Big NO, NO uols.
Perhiasan yang boleh dipakai adalah PERAK.

Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".
Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.
Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.
Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.



Boleh klik link ini untuk sebarang maklumat lanjut.
Pehtu me pun Google2 dan ada beberapa senarai kedai yang boleh dijadikan rujukan.

1) Bausch K 
Kedai ni kat tetengah mid valley yo FK 03. Dulu mungkin ada shop inside tapi now dia buka 
macam kiosk. Jual stainless steel jewelry and boleh engrave name. 10 huruf RM5 dan ada cincin couple. Range price RM100 and above. Another outlet kat OU. Tu besar.

2) Tomei
Limited design. Silver type and harga ok la. Dalam RM200 above dan lelaki memang seeloknya
perhiasan perak ni.

3) Poh Kong
Sama je macam tomei tu. 1 supplier kot.

4) Habib Jewel
Pergh nak nampak exclusive dipersilakan masuk kodai ini. Range price RM400 above. Design very 
modern and type of platinum ring. Memang santek la uols so harga pun cantik hehehehe.

At last my future husband said kita ke Bausch K je lah. Tak payah lah nak mahal-mahal
sangat. Alhamdulillah tapi bangle wajib untuk kemudian hari. Demm fengsan hakak.
Hehehehe... So we choose couple ring and my finger memang full la dengan semua
cincin. Tapi cincin tu boleh engrave so memang best. Tomei semua dah tanya tak boleh 
tulis-tulis. Sekian lah nukilan me as bride to be.. Dadada....




                                                                                                the typewriter,
                                                                                   

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW BRIDE TO BE : BUTIK PENGANTIN BAHAU DAN SERTING

REVIEW BRIDE TO BE : SENARAI KLINIK KESIHATAN UJIAN HIV & BORANG NIKAH