PERGINYA SEORANG AYAH

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Terlalu lama nak update blog ni. Perlu kan masa yang betul-betul cukup untuk update news.
Lately busy dengan business, work dan urusan kahwin.
Tak sangka lagi 2 bulan kami bakal diijabkabulkan.
Perasaan? Haruslah nervous nok!Photobucket
Tak tahu nak gambarkan macam mana. Risau semua ada.. hehehe
Tapi entry kali ni nak bercerita tentang Arwah bakal bapa mertua me.
Tanggal 5 Jun 2015, arwah telah pergi selamanya meninggal kami tanpa sebarang nota atau pun wasiat. Entry me sebelum ni post 4 June kan? Ayah pergi selepas itu. 
Yup betul-betul buat semua orang terduduk. Perginya tak disangka dan sangat mudah. Tempat dia pergi meninggalkan kami pun mulia. Musibah dan dugaan paling besar buat kami.
Arwah seorang bapa yang bertanggungjawab. Paling ketara seorang yang sangat rajin.
Kalau datang rumah fiancee, ayah jarang di rumah. Mesti dekat kebun atau memburu. Kehidupan kampung yang sangat sederhana dan seorang yang sangat baik hati.
Tiba-tiba rasa ralat sebab menundakan tarikh majlis yang sepatutnya diadakan pada April ke August. Tapi siapa mampu melawan takdir.

Kronologi Ayah pergi:

1) Pagi ayah ke kebun seperti biasa pada 5 June 2015
2) Balik ke rumah untuk menunaikan solat Jumaat di masjid
3) Selepas solat, ayah menghantar seorang pakcik yang cacat anggota kaki pulang ke rumah.
4) Ayah kembali ke surau pula untuk bacaan tahlil
5) Sesudah beberapa bacaan surah, ayah rebah dan yang lain masih meneruskan bacaan kecuali mereka yang membantu.
6) Ayah di bawa ke hospital dengan ambulans tetapi ketika di surau lagi, imam kedua menyatakan dia sudah tiada lagi.
7) Doktor melakukan pemeriksaan dan cuba menyelamatkan ayah menggunakan sistem pam jantung.
8) Fiancee datang untuk check nadi dan memang tiada lagi.
9) Selesai segala urusan doktor baru mengesahkan ayah benar-benar telah meninggalkan kami
10) Wajah ayah sangat tenang seperti sedang berehat panjang.Photobucket

Serius sangat terkejut sebab me baru jumpa seminggu lepas dan ayah tidak sakit :(. My fiancee seperti tidak dapat menerima hakikat tapi inilah suratan takdir. Kepada yang membaca, me mohon sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah bakal bapa mertua me Encik Abu Bakar bin Said. Moga arwah tenang dan tergolong dikalangan orang yang beriman. Amin..  








                                                                                                 the typewriter,
                                                                              

Comments

sue sue said…
Alfatihah buat ayah..moga rohnya tenang di sana,,,kita yg masih disini..bekalkanlah makanan rohani buat arwah....


salam ramadhan..:) singgah blogwalking :)
Aziani Din said…
Al fatihah..tabah dengan apa yg berlaku.berdoa agar rohnya tenang..
Iera Lee said…
Terima kasih sue dan Aziani. InsyaAllah ...

Popular posts from this blog

REVIEW BRIDE TO BE : BUTIK PENGANTIN BAHAU DAN SERTING

REVIEW BRIDE TO BE : SENARAI KLINIK KESIHATAN UJIAN HIV & BORANG NIKAH

REVIEW BRIDE TO BE : CINCIN LELAKI