Pertandingan Menulis Kisah Cinta


Hi uols...2nd post for today....
kelas tak title...
ingat sekolah je ada sesi karangan bagai ni...
nak kahwin pun kena bijak mengarang cerita CNTA ok....
kelas ko Jah...
me pun bab karang-karang ni lemah sikit...masuk suka-suka...
tapi kalau dapat apa salahnya...amin...
kalau korang sangat baik hati sila like page ini https://www.facebook.com/Kadkahwinmu
pastu like my pic  
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=392331707509788&set=a.377092765700349.87612.13333716007591
boleh...ini mendoakan me barakallah till jannah tau uols...
korang pun dapat pahal tau...
like tau...please..
muka sedih sikit..ehhehe
love uols la...
story me biasa sahaja...
-
-
-




As-salam pembuka bicara, cerita cinta kami tak seperti Laila dan Majnun. Tak juga macam Romeo dan Juliet atau pun cinta muka buku bagai. Masa dulu mana nak kenal sangat benda-banda IT ini. Facebook, Twitter tak wujud lagi. Masa itu yang famous like amos adalah friendster dan semua guna hand phone 3310 je. Tapi hand phone me masa tu Nokia butterfly. Upgrade sikit. Usia perkenalan kami ketika ini sudah 5 tahun 6 bulan. Lama kan? Dah boleh kahwin dua tiga bagi yang lelaki. Perkenalan wujud dengan nombor. Me dikecewakan oleh seseorang dan rasa sangat-sangat teruk tapi akhirnya sedar itu cinta monyet yang bukan boleh bawa hingga mati. Mula-mula kawan bagi nombor phone dia dan rasa tak teringin langsung nak berkenalan sebab sekolah me dengan dia macam musuh juga la. Jadi macam tak perlu je nak kenal dengan mamat ni tapi dia memang ada telefon, tanya khabar semua. Me layan macam rakan biasa. Setelah hampir berbulan-bulan dan nak dekat setahun juga lah kami tak berhubung tiba-tiba suatu hari me terdetik nak hubungi dia. Kot-kot la dia dah tukar nombor ke. Asalnya nak padam lah nombor yang tak sepatutnya tapi nombor itu still available. So me terus letak tapi dia terus kol me balik. Masa tu cinta tak berputik lagi macam putik bunga. Ala-ala jual mahal gitu tapi sebenarnya me takut kecewa lagi dan abah awal-awal dah pesan "nak belajar jangan bercinta!". Tapi akhirnya bersemi juga setelah beratus gaya mengayat beribu ayat keluar. Pahit manis semua ada. Itu lumrah alam bercinta. Lagi pun usia perkenalan kami untuk mengenal hati budi masing-masing memang lama. Dalam masa yang sama kami berusaha mencari pasangan lain yang lebih sesuai tapi masing-masing seperti serasi untuk bersama. Me pun mula-mula tak suka dengan dia sebab dia rempit person tapi alhamdulillah sejak kami berkawan semua dia tinggalkan dan mula dekatkan diri pada Allah S.W.T. Perhubungan kami pernah juga tergantung seketika tapi akhirnya kembali bercantum juga. Bak kata pepatah "carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga". Dan akhirnya sebulat suara kami sepakat ingin menamatkan zaman bujang dan memilih March 2013 tarikh booking dan 2014 the big day, InsyaAllah. Kan dah cakap cerita cinta kami tak seperti Cinderalla bagai. The end with big smile.

I hope...really hope...
korang boleh membantu...
sayang ketat-ketat..
tq xoxo....



                                                                                                          the typewriter,
                                                                                      

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW BRIDE TO BE : BUTIK PENGANTIN BAHAU DAN SERTING

REVIEW BRIDE TO BE : SENARAI KLINIK KESIHATAN UJIAN HIV & BORANG NIKAH

REVIEW BRIDE TO BE : CINCIN LELAKI